Sunday, January 3, 2021

Etnik cina di Malaysia mempunyai pelbagai adat resam yang masih diamalkan pada zaman moden ini. Antara adat resam yang masih diamalkan adalah Perayaan Hantu Lapar yang juga dikenali sebagai Perayaan Yu Lan Pen atau Zhong Yuan. 

 

Perayaan Hantu Lapar ialah kepercayaan etnik cina di mana roh-roh nenek moyang mereka mahupun saudara mara terdekat mereka akan kembali ke dunia manusia untuk menuntut “hak-hak mereka“ dan juga kepada roh-roh atau hantu-hantu yang tidak tenang yang berkeliaran di dunia manusia di mana “mereka“ dihidang dan diberi makan oleh manusia. Perayaan ini disambut mengikut kalendar lunar cina iaitu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7. Selain itu, perayaan ini juga mempunyai “cerita” atau asal-usulnya yang tersendiri. 

 

Kesimpulannya,tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejarah dan asal usul Perayaan Hantu Lapar. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji upacara yang dijalankan pada bulan Perayaan Hantu Lapar. Seterusnya ialah untuk mengkaji pantang larang yang perlu dipatuhi dan pandangan masyarakat Islam dalam menghadiri Perayaan Hantu Lapar juga turut dikaji bagi mengukuhkan lagi kajian kami. 

 

 



Dalam  melaksanakan kajian ini, kami menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai bagi menghasilkan kajian yang bermanfaat dalam mengenali warisan masyarakat kita. Secara umumnya, projek ini mempunyai tujuan untuk mengenali perayaan hantu lapar dalam kalangan etnik cina di Malaysia. Kami perincikan tujuan ini kepada empat objektif yang lebih spesifik dan tertumpu.

  • Untuk mengkaji sejarah dan asal usul Perayaan Hantu Lapar dalam kalangan masyarakat etnik Cina.
  • Untuk mengkaji upacara yang dijalankan pada bulan Perayaan Hantu Lapar 
  • Untuk mengkaji pantang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat etnik cina pada bulan Perayaan Hantu Lapar.
  • Untuk mengkaji pandangan masyarakat Islam dalam menghadiri Perayaan Hantu Lapar.

 



 
 VIDEO PENERANGAN TENTANG PERAYAAN HANTU LAPAR


Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka | askislam
https://askislam.me/ms/2018/08/01/perayaan-hantu-lapar-kisah-ibu-dari-neraka/


Perayaan hantu lapar ini diraikan berdasarkan 2 tujuan


  1. Untuk menyembah nenek-nenek moyang mereka. Hal ini menunjukkan ketaatan atau penghormatan sebagai ahli waris keturunan.

 

  1. Untuk membantu meringankan beban atau pun penderitaan roh-roh yang sudah meninggal dunia.

 

Selalunya, upacara ini dilakukan pada hari ke-15 pada bulan ke-7 menurut kalendar qomari dan bukannya kalendar hijrah atau kalendar lunar. 

 

Upacara-upacara yang selalu dilakukan pada Perayaan Hantu Lapar


PSX_20150927_145335 | Membakar colok atau setanggi. Apabila … | Flickr
https://www.flickr.com/photos/130815707@N08/21899688288

  1. Membakar colok, wang neraka, kereta, perhiasan, baju tetapi di dalam bentuk kertas. Mereka percaya kertas- kertas yang dibentuk sebagai kereta, perhiasan itu akan menjadi sama dan sampai kepada roh-roh yang sudah meninggal dunia itu. Mereka juga percaya pada kehidupan di alam ghaib bahawa roh-roh tersebut memerlukan barang-barang sedemikian.

 

  1. Menyediakan makanan untuk urusan sembahyang seperti buah mandarin dan sebagainya.

 

  1. Meletakkan nama samaran pada template dan diletakkan di tempat sembahyang.

 

  1. Menyediakan perahu kecil atau tanglung untuk ditinggal di atas air seperti sungai atau laut untuk membantu roh-roh yang sesat di dalam bumi atau di dalam alam realiti supaya mereka kembali ke alam mereka.

 

  1. Tarian joget atau nyanyian muzik opera cina atau muzik moden yang dikenali sebagai Geeta dan dilakukan dari pagi sehingga malam. Acara akan ditutup dengan makan malam, dan mereka akan mengumpul dana untuk membantu masyarakat cina yang kurang bernasib baik.

 

 

Pantang Larang Semasa Bulan atau Perayaan Hantu Lapar



10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu  Lapar
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/

  1. Tidak dibenarkan melanggar atau memijak makanan yang dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Hal ini kerana, ia disediakan atas rasa hormat dan jika dilanggar atau disepak, ia akan mengundang rasa marah roh-roh lapar lalu individu tersebut akan ditimpa malang. Oleh itu, perlu meminta maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan jika tidak sengaja
10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/

 

  1. Elakkan memakai pakaian berwarna hitam atau merah. Hal ini kerana, warna merah atau boleh menarik perhatian hantu-hantu lapar. Bagi para wanita, kasut tinggi juga tidak digalakkan.
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/

 

  1. Menangguh kan perkahwinan, permulaan perniagaan baru, atau pindah ke rumah baru. Bagi perkahwinan, dipercayai akan berakhir dengan buruk malah disumpah sehingga menyebabkan pasangan merasa sukar untuk bersama. Begitu juga dengan perniagaan dan perpindahan ke rumah baru yang mengundang rasa tidak puas hati roh-roh yang mendiami ruang atau bangunan kosong. 
  2. Menjauhi kawasan air seperti laut, pantai, dan kolam. Semasa musim Hantu Lapar, dipercayai bahawa roh-roh hantu yang lemas tidak dapat kembali ke alam yang sepatutnya. Maka, mereka akan menarik makhluk hidup termasuk manusia yang berlegar dan bermain di kawasan berair bagi mengganti kan roh mereka agar dapat kembali ke tempat yang sepatutnya.

 

  1. Tidak dibenarkan untuk tidur di depan cermin. Cermin merupakan sesuatu yang sangat berkuasa dan dapat menarik kehadiran roh seperti yang dipercayai dalam kalangan masyarakat cina. Oleh yang demikian, mana-mana individu yang tidur di hadapan cermin atau apa-apa perkara yang reflektif boleh mengundang roh untuk menganggu hidup mereka.

 

  1. Perlu pulang sebelum matahari terbenam. Dikatakan bahawa pada bulan ke-7 ini, roh-roh akan lebih sering berada di luar pada waktu malam kerana manusia tidak dapat menghalang mereka. Tenaga Yin, dari bulan juga memberikan mereka lebih banyak kekuatan pada waktu malam. Oleh yang demikian, peratusan untuk mereka terserempak dengan roh-roh hantu lapar tersebut juga sangat tinggi.

 

 

  1. Tidak meletakkan anak kecil di tapak persembahan. Kanak-kanak adalah roh yang dianggap suci dan bersih. Dilarang untuk meletakkan mereka di atas tapak persembahan untuk roh di majlis perayaan hantu lapar kerana dipercayai roh anak mereka akan diambil oleh roh-roh hantu lapar tersebut.