Etnik cina di Malaysia mempunyai pelbagai adat resam yang masih diamalkan pada zaman moden ini. Antara adat resam yang masih diamalkan adalah Perayaan Hantu Lapar yang juga dikenali sebagai Perayaan Yu Lan Pen atau Zhong Yuan.
Perayaan Hantu Lapar ialah kepercayaan etnik cina di mana roh-roh nenek moyang mereka mahupun saudara mara terdekat mereka akan kembali ke dunia manusia untuk menuntut “hak-hak mereka“ dan juga kepada roh-roh atau hantu-hantu yang tidak tenang yang berkeliaran di dunia manusia di mana “mereka“ dihidang dan diberi makan oleh manusia. Perayaan ini disambut mengikut kalendar lunar cina iaitu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7. Selain itu, perayaan ini juga mempunyai “cerita” atau asal-usulnya yang tersendiri.
Kesimpulannya,tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejarah dan asal usul Perayaan Hantu Lapar. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji upacara yang dijalankan pada bulan Perayaan Hantu Lapar. Seterusnya ialah untuk mengkaji pantang larang yang perlu dipatuhi dan pandangan masyarakat Islam dalam menghadiri Perayaan Hantu Lapar juga turut dikaji bagi mengukuhkan lagi kajian kami.
Dalam melaksanakan kajian ini, kami
menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai bagi menghasilkan kajian
yang bermanfaat dalam mengenali warisan masyarakat kita. Secara
umumnya, projek ini mempunyai tujuan untuk mengenali perayaan hantu lapar dalam kalangan etnik cina di Malaysia.
Kami perincikan tujuan ini kepada empat objektif yang lebih spesifik dan
tertumpu.
- Untuk mengkaji sejarah dan asal usul Perayaan Hantu Lapar dalam kalangan masyarakat etnik Cina.
- Untuk mengkaji upacara yang dijalankan pada bulan Perayaan Hantu Lapar
- Untuk mengkaji pantang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat etnik cina pada bulan Perayaan Hantu Lapar.
- Untuk mengkaji
pandangan masyarakat Islam dalam menghadiri Perayaan Hantu Lapar.
https://askislam.me/ms/2018/08/01/perayaan-hantu-lapar-kisah-ibu-dari-neraka/ |
Perayaan hantu lapar ini diraikan berdasarkan 2 tujuan
- Untuk menyembah nenek-nenek moyang mereka. Hal ini menunjukkan ketaatan atau penghormatan sebagai ahli waris keturunan.
- Untuk membantu meringankan beban atau pun penderitaan roh-roh yang sudah meninggal dunia.
Selalunya, upacara ini dilakukan pada hari ke-15 pada bulan ke-7 menurut kalendar qomari dan bukannya kalendar hijrah atau kalendar lunar.
Upacara-upacara yang selalu dilakukan pada Perayaan Hantu Lapar
https://www.flickr.com/photos/130815707@N08/21899688288 |
- Membakar colok, wang neraka, kereta, perhiasan, baju tetapi di dalam bentuk kertas. Mereka percaya kertas- kertas yang dibentuk sebagai kereta, perhiasan itu akan menjadi sama dan sampai kepada roh-roh yang sudah meninggal dunia itu. Mereka juga percaya pada kehidupan di alam ghaib bahawa roh-roh tersebut memerlukan barang-barang sedemikian.
- Menyediakan makanan untuk urusan sembahyang seperti buah mandarin dan sebagainya.
- Meletakkan nama samaran pada template dan diletakkan di tempat sembahyang.
- Menyediakan perahu kecil atau tanglung untuk ditinggal di atas air seperti sungai atau laut untuk membantu roh-roh yang sesat di dalam bumi atau di dalam alam realiti supaya mereka kembali ke alam mereka.
- Tarian joget atau nyanyian muzik opera cina atau muzik moden yang dikenali sebagai Geeta dan dilakukan dari pagi sehingga malam. Acara akan ditutup dengan makan malam, dan mereka akan mengumpul dana untuk membantu masyarakat cina yang kurang bernasib baik.
Pantang Larang Semasa Bulan atau Perayaan Hantu Lapar
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/ |
- Tidak dibenarkan melanggar atau memijak makanan yang dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Hal ini kerana, ia disediakan atas rasa hormat dan jika dilanggar atau disepak, ia akan mengundang rasa marah roh-roh lapar lalu individu tersebut akan ditimpa malang. Oleh itu, perlu meminta maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan jika tidak sengaja
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/ |
- Elakkan memakai pakaian berwarna hitam atau merah. Hal ini kerana, warna merah atau boleh menarik perhatian hantu-hantu lapar. Bagi para wanita, kasut tinggi juga tidak digalakkan.
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/ |
- Menangguh kan perkahwinan, permulaan perniagaan baru, atau pindah ke rumah baru. Bagi perkahwinan, dipercayai akan berakhir dengan buruk malah disumpah sehingga menyebabkan pasangan merasa sukar untuk bersama. Begitu juga dengan perniagaan dan perpindahan ke rumah baru yang mengundang rasa tidak puas hati roh-roh yang mendiami ruang atau bangunan kosong.
- Menjauhi kawasan air seperti laut, pantai, dan kolam. Semasa musim Hantu Lapar, dipercayai bahawa roh-roh hantu yang lemas tidak dapat kembali ke alam yang sepatutnya. Maka, mereka akan menarik makhluk hidup termasuk manusia yang berlegar dan bermain di kawasan berair bagi mengganti kan roh mereka agar dapat kembali ke tempat yang sepatutnya.
- Tidak dibenarkan untuk tidur di depan cermin. Cermin merupakan sesuatu yang sangat berkuasa dan dapat menarik kehadiran roh seperti yang dipercayai dalam kalangan masyarakat cina. Oleh yang demikian, mana-mana individu yang tidur di hadapan cermin atau apa-apa perkara yang reflektif boleh mengundang roh untuk menganggu hidup mereka.
- Perlu pulang sebelum matahari terbenam. Dikatakan bahawa pada bulan ke-7 ini, roh-roh akan lebih sering berada di luar pada waktu malam kerana manusia tidak dapat menghalang mereka. Tenaga Yin, dari bulan juga memberikan mereka lebih banyak kekuatan pada waktu malam. Oleh yang demikian, peratusan untuk mereka terserempak dengan roh-roh hantu lapar tersebut juga sangat tinggi.
- Tidak meletakkan anak kecil di tapak persembahan. Kanak-kanak adalah roh yang dianggap suci dan bersih. Dilarang untuk meletakkan mereka di atas tapak persembahan untuk roh di majlis perayaan hantu lapar kerana dipercayai roh anak mereka akan diambil oleh roh-roh hantu lapar tersebut.
Pandangan Islam terhadap Perayaan Hantu Lapar
Sebelum kita terus menjurus masuk ke isu perbincangan hukum mengenai isu ini, penting untuk kita fahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan perayaan ini dan dari mana asal-usulnya.
Sejarah Perayaan Hantu Lapar
https://www.astroawani.com/foto-malaysia/suasana-perayaan-hantu-lapar-2803/ethnic-chinese-devotees-carries-high-paper-made-statue-uardian-god-ghosts-during-climaxs-day-hungry--30297 |
https://www.astroawani.com/foto-malaysia/suasana-perayaan-hantu-lapar-2803/ethnic-chinese-devotees-offer-prayer-while-high-paper-made-statue-chinese-or-guardian-god-ghosts-bur-30299 |
Menurut Routledge Encyclopedia of Religious Rites, Rituals and Festivals (Religion and Society), hlm. 92, perayaan ini dikenali sebagai Yulanhui atau Yulanpen dalam hari ke-15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar Buddha. Bagi penganut Buddha, ini adalah masa untuk keselamatan bagi roh yang merayau dan hantu yang lapar.
Sejarahnya bermula daripada kisah ibu Maudgalyayana yang menyembunyikan derma anaknya kepada kuil dan kemudiannya menjadi hantu lapar di neraka. Kisah ini disebutkan dalam Yulanpen Sutra. Maudgalyayana merayu kepada Buddha yang turun daripada syurga dan membuka gerbang neraka. Buddha mengumumkan bahawa setiap tahun pada tanggal ke-15 bulan ke-7, hantu yang lapar akan dibenarkan makan. Festival ini seakan sama dengan Festival Yulanhui di China, Festival Bon di Jepun dan Festival Avalamba di India.
Terdapat juga bentuk perayaan yang hampir sama dalam ajaran Tao. Di Malaysia, ia diraikan secara sinkretis (bersekali) oleh masyarakat Cina yang menggabungkan kepercayaan ajaran Buddha dan Tao.
Menghadiri Perayaan Hantu Lapar
Setelah meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam. Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
(Surah al-Furqan: 72)
Maksud al-zur menurut Ibn Kathir adalah perayaan orang-orang kafir. Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 6/130. Dalam masa yang sama, kita wajar menghormati kepercayaan dan perayaan mereka serta tidak boleh menghinanya sama sekali.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Surah al-An’am: 108)
Bagi yang ada keperluan untuk menghadirnya atas tujuan pembelajaran, ianya dibolehkan dengan syarat tidak melibatkan diri dengan sebarang upacara berkaitan. Manakala bagi yang hadir atas tujuan merasmikan perayaan berkenaan, kami menasihatkan agar diwakilkan kepada pembantu atau timbalan atau sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dalam kalangan bukan Islam.
Kesimpulan
Kami bersetuju dengan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Garis panduan ini menetapkan beberapa syarat antaranya:
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
- Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
Kesimpulannya,Perayaan
Hantu Lapar ini merupakan tradisi yang harus dikekalkan sehinggakan
kepada generasi yang akan datang apabila ia mengajar untuk menghormati
nenek moyang yang sudah lama meninggal dunia serta hantu-hantu yang lain
agar hantu-hantu ini boleh memberikan restu dan perlindungan kepada
ahli keluarga. Amalan tradisi turun temurun merayakan Perayaan Hantu
Lapar adalah untuk memperingati yang telah meninggal dunia dan juga
untuk mengingatkan diri supaya sentiasa beramal untuk membantu yang
memerlukan selagi masih bernafas di dunia ini.
https://www.academia.edu/35987250/Asignment_wacana_perayaan_hantu
2. Afifah, N. (2020, August 21). 10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar. Retrieved October 30, 2020, from https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/10-pantang-larang-masyarakat-cina-yang-perlu-anda-tahu-semasa-perayaan-hantu-lapar/
3. Lim, R. (2016, July 7). Hungry Ghost Festival / Perayaan Hantu Lapar. Retrieved October 30, 2020, from http://salammalamjumaat.blogspot.com/2016/07/hungry-ghost-festival-perayaan-hantu.html
4. Gan, H. Y. (2016, May 18). PERAYAAN HANTU LAPAR MASYARAKAT CINA. Retrieved October 30, 2020, from https://prezi.com/bzeyuxnlbzd9/perayaan-hantu-lapar-masyarakat-cina/
5. MRM R&D Team (2018, August 01). Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka. Retrieved October 30, 2020, from https://askislam.me/ms/2018/08/01/perayaan-hantu-lapar-kisah-ibu-dari-neraka/
6. Mohamad Razif (2018, Sept 21). Artikel tentang pandangan masyarakat islam dalam menghadiri perayaan hantu lapar. Retrieved November 1 2020 from https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2614-al-afkar-18-menyertai-perayaan-hantu-lapar
No comments:
Post a Comment